HOLLYWOOD – Tidak sampai 8 bulan berkahwin, pelakon dan penyanyi sensasi, Miley Cyrus bertindak meninggalkan suaminya yang juga pelakon terkenal, Liam Hemsworth baru-baru ini.

Agensi melaporkan, Miley yang juga bekas bintang Disney itu dikatakan sanggup meninggalkan Liam kerana dirinya tertarik dan sudah mula menjalinkan dengan seks sejenis sejak beberapa bulan lepas.

Tanpa segan silu, Miley mendedahkan dirinya ‘tersepit’ dengan perkahwinan dengan actor kacak ini kerana dirinya sebenarnya lebih menyukai kaum sejenis apatah perempuan cantik bulan lalu.

Lebih mengejutkan, bintang sitkom ‘Hannah Montana’ ini juga membuat pengumuman sudah berpisah dengan Liam beberapa jam sebelum hari jadi ke-29 aktor kelahiran Australia itu semalam.

Sebelum berita perpisahan ini diumumkan, Miley sudah dikaitkan dengan pelakon wanita ‘The Hills’, Kaitlynn Carter yang dilihat begitu intim ketika bercuti di Pulau Como, Itali.

Lebih memeranjatkan, Kaitlynn juga mengumumkan perpisahan dengan suaminya yang juga pelakon ‘The Hills’, Brody Jenner baru-baru ini.

Kedua-dua kemudian dikatakan bercuti bersama sebelum beberapa foto intim mereka viral sejak sehari dua ini.

Bekas suami Kaitlynn CarterKaitlynn yang juga baharu sahaja berkahwin dengan Brody tahun lalu dalam satu majlis cukup mewah di Indonesia dikatakan sudah lama mengenali aktor tersebut sejak beberapa tahun.

Miley dan Liam juga bercinta sejak 2010 sebelum berkahwin Disember tahun lalu.

Setakat ini, belum ada apa-apa pengakuan daripada mana-mana pihak walaupun foto-foto intim sudah menerangkan segalanya. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast