Dr.Zakir Naik
Dr. Zakir Naik

Ketua Polis Perlis, SAC Noor Mushar Mohamad berkata, nasihat tersebut dipersetujui Mufti Negeri, Dr Asri Zainal Abidin dan pihak Jabatan Mufti negeri telah pun mengeluarkan surat kepada penganjur untuk mengecualikan Zakir dan keluarga daripada bercakap pada program tersebut agar tidak timbul sebarang isu.

Selain Zakir, isteri beliau Farhat Naik serta anak mereka Fariq, Rushda serta Zikra dilapor turut diberikan slot ceramah pada program itu yang dianjurkan oleh One Centre Malaysia Perlis (OCMPs)

“Sebanyak 150 laporan polis telah dibuat. Program boleh diteruskan dan Zakir Naik dibolehkan hadir pada program itu, tetapi dilarang berucap dan memberi ceramah sama sekali,” katanya kepada media selepas Majlis Serah Terima Tugas Lima Ketua Jabatan Kontinjen (IPK) Perlis di sini, hari ini.

Mushar berkata, sekiranya penganjur masih membenarkan Zakir dan keluarganya untuk memberi ceramah, tindakan akan diambil di bawah undang-undang yang bersesuaian termasuk di bawah Akta Perhimpunan Aman. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast