Bank Negara Malaysia mengumumkan langkah- langkah tambahan dalam meliberalisasi pentadbiran tukaran asing (FEA) berkuatkuasa 30 Ogos ini.
Menurut Gabenor, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunos, langkah tersebut adalah untuk memberikan lebih fleksibiliti dan meningkatkan tahap kecekapan sektor perniagaan dalam menguruskan risiko tukaran asing dan menjalankan operasi harian dengan lebih baik.