Ekonomi Malaysia berkembang lebih kukuh sebanyak 4.9 peratus pada suku kedua 2019 berbanding 4.5 peratus tempoh yang sama tahun lepas (4.5 peratus pada suku pertama 2019).
Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunos, perkembangan positif itu disokong oleh perbelanjaan isi rumah dan pelaburan swasta yang lebih tinggi.