SEPANG – Status Penduduk Tetap (PR) di Malaysia yang dimiliki oleh penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik boleh ditarik balik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri menjelaskan, tindakan itu boleh dikenakan jika pendakwah kelahiran India itu terbukti mengganggu-gugat kesejahteraan rakyat negara ini.
Beliau bagaimanapun berkata, dakwaan Zakir mengeluarkan ceramah yang berunsur hasutan baru-baru telah menjadi kes polis.
“Beliau memiliki status PR negara dan kita boleh tarik balik jika terbukti beliau mengganggu-gugat kesejahteraan negara ini.