NOME – Seorang lelaki Alaska yang sedang mencari kayu api bertemu dengan satu botol yang mengandungi sekeping surat yang sudah berusia 50 tahun.
Tyler Ivanoff menemui surat yang ditulis dalam bahasa Rusia dan kemudian berkongsikannya di laman Facebook.
Surat itu dikatakan ditulis oleh seorang pelaut di atas kapal Rusia, Sulak pada 20 Jun 1969.
Perkongsian oleh Ivanoff itu ditulis oleh media Rusia hingga berjaya mengesan penulis surat tersebut, Kapten Anatoly Botsanenko.
Ivanoff berkata, beliau telah mencari kayu api kira-kira 20 batu (32 km) di barat kampung asalnya di Shishmaref ketika terjumpa sebiji botol dengan penyumbat botol plastik.
“Saya terpaksa membuka dengan kuat. Saya mengguna gigit sehingga ia terbuka,” kata akhbar The Nome Nugget.
Katanya, kerta itu masih kering di dalamnya tetapi berbau wain atau sejenis alkohol lama.
Surat itu menyatakan: “”Salam sejahtera! Dari kapal induk Rusia Far East, kapal VRXF Sulak, saya menyapa anda yang menemui botol dan respons kepada Vladivostok -43 BRXF Sulak kepada seluruh kru. dan selamat belayar 20 Jun 1969. ”
Apabila Kapten Botsanenko, kini berusia 86 tahun, diberitahu tentang nota tersebut, dia gembira sehingga mengalirkan air mata.
Beliau memberitahu saluran TV Rusia, Rossiya 1: “Ia kelihatan seperti tulisan tangan saya, pasti! kapal industri tangkapan ikan timur! E-I-F-F!”
Kapten Botsanenko dilaporkan telah memantau kerja-kerja pembinaan Sulak di 1966 dan berlayar di dalam kapal itu sehingga tahun 1970.
Ivanoff menyatakan di Facebook bahawa beliau sangat gembira bagaimana sebiji botol itu berkembang menjadi cerita.
Malah, Ivanoff juga merancang untuk menulis mesejnya sendiri dalam botol suatu hari nanti.
“Itu sesuatu yang mungkin saya lakukan dengan anak-anak saya pada masa akan datang,” katanya dipetik oleh Associated Press sebagai berkata.
“Hanya hantar mesej dalam botol di sana dan lihat di mana ia pergi,” ujarnya. – MalaysiaGazette