KUALA LUMPUR – United Kingdom akan berpeluang untuk melaksanakan perjanjian dengan negara-negara Asia Tenggara termasuk dengan pengeluar minyak sawit terbesar dunia jika ia meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Oktober ini.
Negara itu juga boleh mengelak daripada terjerat dalam sebarang perang perdagangan yang berpotensi, kata Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad.
“Yang penting adalah untuk memikirkan semula dasar salah faham Eropah mengenai minyak kelapa sawit.
“Sikap baharu terhadap minyak kelapa sawit, yang tidak dibebankan oleh kumpulan kepentingan khusus berpengaruh, boleh membawa kepada perdagangan yang lebih baik antara United Kingdom dan rantau ini berbanding sekarang. Kami berharap untuk mengelakkan peperangan perdagangan dengan Eropah
“Tetapi jika ada yang berubah, itu tidak bermakna United Kingdom terpaksa terperangkap dalam kekeliruan,” kata Mahathir dalam satu ruangan Pendapat Bloomberg.
Ulasan Dr Mahathir itu susulan langkah EU menarik semula peggunaan minyak kelapa sawit dalam biofuel.
Malaysia dan Indonesia akan memfailkan aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia untuk mencabar langkah itu.
Dr Mahathir menggesa dialog dan penglibatan untuk mencapai penyelesaian bersama, termasuk peraturan yang lebih baik dan piawaian pensijilan yang lebih kukuh. – MalaysiaGazette