ITALI – Maurizio Sarri telah memulakan rawatan pneumonia semalam ketika menghadiri pemeriksaan untuk selsema.
Pengurus Juventus berusia 60 tahun itu tidak bersama pasukan dalam aksi persahabatan menentang Triestina baru-baru ini disebabkan penyakit selsema.
Bagaimanapun pemeriksaan susulan di hospital berhampiran di Milan mendapati Sarri menghidap pneumonia.
Kelab Juventus mengesahkan rawatan untuk penyakit pneumonia sudah dimulakan.
Sarri menjuarai Liga Europa bersama Chelsea musim lalu sebelum menyertai Juventus pada Julai 2018.
Sarri mengisi kekosongan Massimiliano Allegri pada Jun lalu. – MalaysiaGazette