Dr.Zakir Naik Abdul Karim.

PUTRAJAYA – Pendakwah, Dr Zakir Naik tidak akan dihantar pulang ke India atau diusir ke mana-mana negara walaupun kerajaan berdepan dengan pelbagai desakan.

Perkara itu ditegaskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media di sini.

Menurut Dr Mahathir, Malaysia kekal dengan pendirian yang diputuskan sebelum ini

BACA: Hantar balik Zakir Naik jika ada keperluan, kata Dr Mahathir

“Pada saat ini pendirian kita tidak berubah,” katanya.

Desakan supaya Zakir Naik dihantar pulang dan tidak dibenarkan berceramah di negara ini semakin galak apabila beliau dilapor mempersoalkan kesetiaan penganut Hindu tempatan dan kedudukan masyarakat Cina ketika berucap pada satu majlis anjuran Kerajaan Kelantan baru-baru ini.

Bagaimapun pendakwah itu menafikan berkata demikian sebaliknya menyifatkan apa yang beliau sampaikan telah disalah tafsir.

Hari ini Zakir Naik dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memberi keterangan untuk kali ketiga. – MalaysiaGazette