PUTRAJAYA – Walaupun sibuk dengan urusan berdakwah, pendakwah kontroversi, Dr. Zakir Naik sempat meluangkan masa mengunjungi Tun Abdul Hamid Mohamad baru-baru ini.
Pertemuan lebih satu jam di kediaman mantan Ketua Hakim Negara itu di Desa Pinggiran Putrajaya, di sini, kira-kira jam 3 petang ini lebih selepas bertanya khabar selepas mendapat perkhabaran Abdul Hamid sedikit keuzuran.
Abdul Hamid yang berkerusi roda kelihatan ceria melayan tetamu bertaraf antarabangsa itu dan mereka menghabiskan masa berbual perkara berkaitan Islam, selain isu semasa tempatan dan dunia.
![Bergambar kenangan Dr. Zakir Naik dengan Abdul Hamid dan Dr. Ibrahim Ali selepas pertemuan mesra mereka petang ini.](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2019/08/zakirkunjung-300x169.jpg)
Turut bersama Dr. Zakir dalam kunjungan itu ialah Presiden penaja Parti Putra Malaysia, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali. – MalaysiaGazette