A. Kadir Jasin

KUALA LUMPUR – Kalau tidak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah.

Itu kiasan Ahli Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Datuk A. Kadir Jasin mengenai isu teguran pimpinan Pas kepada penceramah kontroversi, Dr. Zakir Naik.

“Kalau tidak berlaku campur tangan dalam isu politik Malaysia, masakan Pas hendak bagi nasihat,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.

Bagaimanapun, tokoh wartawan itu tidak memperincikan maksudnya.

Selain itu, Kadir juga menegur Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam isu yang sama.

BACA: Dr Zakir Naik sudah minta maaf, kata Syed Saddiq

“Syed Saddiq pun tahu cerita sebenar tapi yang dia tulis dalam Facebook lain.

“Sebab itu saya ada masalah dengan putar-belit politik mengenai watak ini. Tebal unsur hipokrit,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pas sudah nasihat Dr Zakir Naik agar berhati-hati

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast