MOSCOW – Turki dan Rusia akan memulakan perbincangan kerjasama dalam industri penerbangan, termasuk pemilikan jet pejuang Shukhoi, Su-57, selepas Presiden Recep Tayyip Erdogan melakukan lawatan sehari ke Moscow, menurut pegawai kanan Rusia.
“Kami akan sambung perbincangan mengenai topik agenda dan sudah semestinya mengajukan S-400 (sistem peluru berpandu buatan).
“Kami akan berbincang mengenai bagaimana kami boleh melalui fasa yang lebih tinggi terhadap Su-35 dan kekemungkinan perolehan Su-35,” kata Ketua Perkhidmatan Persekutuan Rusia untuk Kerjasama Ketenteraan dan Teknikal, Dmitry Shugayev kepada pemberita selapas pertunjukan udara MAKS-2019.
Turki menunjukkan minat terhadap jet pejuang buatan Rusia berikutan negara itu telah disingkirkan daripada senarai program pesawat pejuang F-35 buatan Amerika Syarikat (AS), kata Shugayev.
Pada 27 Ogos lalu, Erdogan melakukan lawatan sehari ke Moscow dan melawat MAKS-2019, pertunjukan udara tahuan Rusia.
Semasa pertunjukan udara itu, Presiden Vladimir Putin memperkenalkan pembangunan terkini industri penerbangan dan udara Rusia termasuk pesawat pejuang Su-57 dan Su-35, helikopter tentera Ka-52, Mi-38 dan Ka-62.
Putin menyatakan bahawa Erdogan merupakan pemimpin asing pertama melihat ‘pesawat paling sempurna’ Rusia. – Agensi