Ketua Jurulatih pasukan Malaysia, Tan Cheng Hoe (kiri) dan Pemain Malaysia, Safawi Rasid (kanan) dilihat berkata sesuatu pada sidang media khas menjelang perlawanan persahabatan Malaysia lawan Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 29 OGOS 2019.

KUALA LUMPUR – Harimau Malaya mengakui pasukan Jordan setanding pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam semua aspek seterusnya menjadi ujian getir Harimau Malaya.

Menjelang aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil esok, Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe bagaimanapun tidak kisah sama ada lawannya menurunkan pasukan kesebelasan utama atau sebaliknya.

Katanya, skuad dengan nama jolokan The Chivalrous itu halangan penting yang harus diharungi dengan keputusan terbaik menjelang persiapan penting menghadapi aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala AFC Asian China 2023 menentang Indonesia 5 September ini di Jakarta.

“Bagi saya dia (Jordan) turunkan barisan kedua ke pertama ke kami tetap akan fokus perlawanan persahabatan esok kerana itu ujian getir dan juga yang terbaik untuk menilai tahap stamina dan prestasi anak buah saya atas padang.

“Corak permainan Jordan sama seperti UAE tidak boleh memandang enteng kerana ia antara negara yang mempamerkan aksi bola sepak terbaik di rantau antarabangsa.

“Sejak empat lima hari ini kami berlatih dengan baik menjelang aksi persahabatan esok dan lawan kami memang kuat kerana berdasarkan aksi mereka lawan Australia sebelum ini, maka kami perlu serapkan fokus tinggi malam esok untuk mendapatkan keputusan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Tambah Cheng Hoe, beberapa pemain baharu dalam pasukan memuaskan sepanjang sesi latihan memanaskan badan setakat ini.

Namun beliau mengakui perlawanan persahabatan esok juga penting untuk Harimau Malaya menjelang pusingan kelayakan di Jakarta minggu depan selain memperbaiki rangking dunia.

Katanya, pasukan Jordan yang pasukannya lawan 10 tahun lalu dan sekarang jauh berbeza dengan pemain baharu yang jauh lebih kental daripada segi fizikal dan taktikal selain jurulatih baharu yang lebih berkemahiran.

“Kesemua aspek itu kami ambil kira berdepan Jordan tetapi saya yakin dan mahu menurunkan kombinasi pasukan terbaik untuk malam esok bagi mendapatkan keputusan terbaik.

“Setakat ini, saya belum pasti kesebelasan utama yangv akan beraksi di Indonesia dan selepas aksi persahabatan bersama Jordan akan saya umumkan pasukan pertama bertemu Indonesia di Jakarta nanti,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast