WASHINGTON – Taufan Dorian telah dinaikkan kepada kategori sangat bahaya, kata Pusat Taufan Amerika Syarikat (NHC).
Ia dikhuatiri memberi ancaman ketara kepada Florida dan Bahamas.
Dorian dijangka melanda Florida dalam kategori ribut dengan kelajuan 209 kilometer sejam.
Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando mengumumkan bahawa ia akan “menghentikan operasi penerbangan komersil” pada hari Isnin.
NHC memberi amaran Taufan Dorian dapat menjadi badai terburuk negara sejak ribut kategori lima, Taufan Andrew membunuh 65 orang dan memusnahkan 63,000 rumah pada tahun 1992.
Taufan Dorian akan membawa hujan lebat awal minggu depan.
Ribut bergerak perlahan – hanya 17 kilometer sejam – bergerak ke barat laut di seberang permukaan laut.
Badai cenderung menjadi semakin kuat apabila ia bergerak di atas permukaan pantai Florida. – MalaysiaGazette