Tan Sri Annuar Musa
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berucap pada Himpunan Melayu Bangkit Penyatuan Ummah 2.0 di Dewan Besar Pasar Rabu, Sungai Manik, Perak. foto HAZROL ZAINAL, 30 OGOS 2019.

PASIR SALAK – Pakatan Harapan (PH) didakwa sedang melancarkan perang psikologi dan persepsi dengan mengheret pemimpin UMNO ke mahkamah walaupun tuduhan mereka tidak berasas.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, tindakan itu antara kezaliman kerajaan PH terhadap pemimpin UMNO meskipun saksi yang tampil mengesahkan bahawa tuduhan bohong semata-mata.

“Kezaliman datang dalam pelbagai bentuk, bukan saja zalim kepada UMNO, kerajaan ini merampaskan wang dan membekukan akaun.

“(Tapi) pemimpin-pemimpin UMNO diseret ke mahkamah dengan tuduhan-tuduhan yang tidak cukup kuat dan tidak cukup kukuh. (Mereka melancarkan) perang psikologi dan perang persepsi.

“Sudah hampir dua tahun kerajaan ini memerintah, satu perkara pun belum dibuktikan di mahkamah, kita telah dengar dan lihat para saksi mengesahkan tuduhan-tuduhan PH adalah bohong nyata dan bohong besar,” katanya berucap pada Himpunan Melayu Bangkit & Penyatuan Ummah 2.0 di Dataran Dewan Besar Pekan Rabu, Sungai Manik di sini malam ini

Himpunan Melayu Bangkit
Sebahagian orang ramai yang hadir pada Himpunan Melayu Bangkit Penyatuan Ummah 2.0 di Dewan Besar Pasar Rabu, Sungai Manik, Perak. foto HAZROL ZAINAL, 30 OGOS 2019.

Annuar juga menegaskan, orang Melayu dan Islam bertanggungjawab untuk bangkit mempertahankan bangsa dan agamanya yang didakwa dizalimi oleh pemimpin PH khususnya DAP.

“Kalau kita masih lagi menikus,  hendak menjaga dan menyelamatkan diri masing-masing, ini bukan pertarungan Datuk Seri Najib Razak seorang, ini bukan pertarungan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seorang, ini adalah pertarungan bersama seluruh umat Melayu dan Islam dalam negara kita.

“Jangan sesiapa rasa resah dengan kebangkitan ini, kebangkitan Melayu jangan sesiapa melakarkan dengan wajah hodoh, negatif,” tagasnya.- MalaysiaGazette

“Ini peranan dan tanggungjawab kita, apabila melihat bangsa dan agama kita terancam oleh satu kerajaan yang zalim,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast