Kumpulan J-Born bergambar bersama trofi dan replika plakad setelah dinobatkan sebagai pemenang tempat ke -3 pada Muzikal Lawak Superstar Akhir di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 30 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Kumpulan J-Born menepati ramalan ramai apabila muncul juara program Muzikal Lawak Superstar (MLS) yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Kemenangan kumpulan yang dianggotai Joey, Vicha dan Khir Rahman itu melayakkan mereka membawa pulang RM150,000 berserta trofi.

Kemenangan itu juga sekali gus menewaskan tiga finalis lain iaitu kumpulan UNI, Newboh dan Botak.

Tempat kedua pula menjadi milik kumpulan UNI yang dianggotai Atu Zero, Fakhrul UNIC dan Fad Bocey.

Mereka membawa pulang RM75,000 berserta trofi.

Sementara itu, kumpulan dianggotai Mamak Puteh, Ali Puteh dan Tomok iaitu Newboh berada di tempat ketiga dan membawa pulang RM50,000 berserta trofi.

Kumpulan Botak yang dianggotai Achey Bocey, Abam Bocey dan Black Hanifah diumumkan sebagai tempat keempat dan membawa pulang RM25,000 berserta trofi.

Turut diumumkan adaah Superstar Musim Ini yang menjadi milik Joey daripada kumpulan J-Born.

Kesemua pemenang berdasarkan format pemarkahan 50 peratus daripada juri tetap dan 50 peratus undian SMS penonton.

Pentas akhir MLS menampilkan pasangan pengacara Nabil Ahmad dan Nabila Huda.

Tiga juri tetap terdiri daripada Datuk Awie, Nora Danish dan Altimet.

Pertandingan akhir turut dimeriahkan dengan persembahan daripada De’Fam, Haqiem Rusli, Ella, Hafiz Suip, Ismail Izzani, Rachel AF, Kashika Ceria Megastar dan Umai Ceria Megastar Ministar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast