Darmian sah menyertai Parma, Itali dengan kontrak empat tahun meninggalkan Old Trafford selepas tiga musim

PARMA – Selepas masa depan yang tidak menentu di Manchester United selama tiga musim, Matteo Darmian akhirnya kembali ke tanah kelahirannya Itali dan menyertai kelab Parma.

Bintang pertahanan the Red Devils itu melengkapkan perpindahan dengan menandatangani kontrak selama empat tahun bersama kelab Serie A itu hari ini.

Pemain berusia 29 tahun itu bawa masuk ke United dari Torino oleh Louis van Gaal dengan yuran bernilai 12.7 juta pound pada 2015.

Bintang Itali itu melakukan 92 penampilan bersama United termasuk membantu menjulang kejuaraan FA England pada musim pertamanya.

Bagaimanapun, dia hanya tampil sebanyak tujuh kali bersama United pada musim lalu.

Penghijrahannya dimuktamadkan selepas Christ Smalling dipinjamkan kepada AS Roma manakala Lukaku dan Sanchez menyertai Inter Milan secara tetap. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast