CALIFORNIA – Empat mayat sudah ditemui manakala 29 orang lagi penumpang masih hilang selepas bot yang dinaiki terbakar di perairan California.
Pengawal Pantai Amerika Syarikat berkata, hanya lima penumpang di atas bot menyelam komersial itu berjaya diselamatkan.
Kebakaran bermula pada awal hari Isnin, selepas bot tersebut berlabuh hanya beberapa meter dari Santa Cruz Island, kira-kira 145km (90 batu) di barat Los Angeles.
Kapal tersebut kini sudah tenggelam tetapi operasi mencari dan menyelamat berterusan dalam keadaan berkabus.
Perkhidmatan pengawal pantai mendapat panggilan pada pukul jam 03:30 waktu tempatan (10:30 GMT), dengan mengatakan bahawa sebuah bot terbakar, menurut Kapten Monica Rochester, komander sektor pengawal pantai untuk Los Angeles/ Long Beach.
Laporan turut mengatakan beberapa penumpang mungkin terperangkap di bawah dek.
Mereka yang berjaya diselamatkan tidur di kabin utama kapal tersebut berbanding di tingkat bawah.
Para penumpang terjaga dan melompat daripada feri berkenaan sebelum kapal The Grape Escape muncul untuk menyelamatkan mereka.
Hanya seorang daripada lima yang diselamatkan mengalami cedera ringan.
Bot yang diberi nama Conception itu masih tenggelam, pada kedudukan 18 meter di utara Pulau Santa Cruz pada kedalaman 20 meter.
Conception yang dikendalikan oleh Truth Aquatics selalunya dihunakan untuk ke Taman Negara Pulau Channel.
Semasa kejadian, ia merupakan hari terakhir menyelam sempena cuti hari buruh.
Kapten Rochester berkata bot itu, “sepenuhnya mematuhi” syarat-syarat tanpa pelanggaran sebelumnya. – MalaysiaGazette