Gambar hiasan

Pada 9.04 pagi, ringgit berada pada 4.2200/2250 berbanding dolar AS daripada 4.2030/2080 Jumaat lalu.

Peniaga berkata, harga minyak susut selepas tarif import baharu yang dikenakan AS dan China berkuat kuasa Ahad.

“Ini menimbulkan ketidakpastian di pasaran kerana ia berpotensi menjejaskan pertumbuhan ekonomi global serta permintaan terhadap minyak mentah,” katanya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut 59 sen kepada AS$ 58.66 satu tong manakala West Texas Intermediate (WTI) merosot 33 sen kepada AS$ 54.77 satu tong.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan lebih lemah berbanding dolar Singapura pada 3.0294/0341 daripada 3.0281/0319 dan susut berbanding yen kepada 3.9695/9753 daripada 3.9487/9545.

Bagaimanapun, ia menokok berbanding euro kepada 4.6179/6238 daripada 4.6393/6465 dan meningkat berbanding pound British kepada 5.0851/0920 daripada 5.1230/1308. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast