Saifuddin Nasution Ismail

PUTRAJAYA – Naib Presiden PKR, Zuraidah Kamaruddin diingatkan supaya tidak memutar belit isu ketidakhadiran beberapa pemimpin parti pada mesyuarat Biro Politik dengan bersandarkan alasan surat yang dihantar kepada Presiden tidak dibalas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada kebiasaan Setiausaha Agung yang akan membalas sebarang surat yang dihantar kepada parti.

“Mana ada Datuk Seri Anwar (Presiden) tulis surat. Setiausaha Agung lah tulis surat kebiasaannya. Dia minta saya jawab surat (Zuraida) jadi saya pun jawablah.

“Lagipun presiden mengikut perlembagaan, parti boleb melantik beberapa pegawai parti seperti yang termaktub. Jadi semua pemimpin parti, kunci utamanya ialah patuh dan hormat peruntukan perlembagaan.

“Jadi saya (Setiausaha Agung) pun jawablah surat itu. Saya nak ulas di situ sahaja,” katanya kepada pemberita bagi mengulas kenyataan Zuraida yang tidak mengiktiraf surat jawapan beliau, sebaliknya menantikan balasan daripada Anwar.

Menurut Saifuffin, punca masalah isu tersebut adalah kecil, iaitu untuk mendapatkan jawapan daripada Presiden yang mana ia telahpun dijawab.

“Surat sudah dijawab. jadi tak kiralah siapa yang jawab surat pun. itu perkara orang anggap remeh, perkara besarnya ialah tak hadir mesyuarat.

“Anda sudah tahu tempoh masa dan hari mesyuarat biro politik setiap Rabu 8.30 malam manakala MPP PKR hari Ahad minggu terakhir setiap bulan. Bukannya soal surat itu.

“Surat itu baru beberapa minggu lalu dihantar, tak hadir mesyuarat sebenarnya sejak pemilihan parti lagi. Soal disiplin tak hadir mesyuarat kerana Presiden tak jawab surat.

“Tak payahlah kalih-kalihkan isu (pusingkan isu). Lumayan (apa yang dijawab setakat ini lebih daripada yang diharapkan),” katanya.

Pada 20 Ogos lalu, Ahli Parlimen Ampang itu mendedahkan permintaannya yang tidak ditunaikan Anwar adalah salah satu sebab beberapa pemimpin PKR tidak menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. ore ttino beri alasan. malu nak cakap malam tak boleh tinggal rumah. ada kerja lebih penting. sebab tu ore tino jangan jadi menteri. sedar lah diri tu sikit. ore tino banyak kure nyo

Comments are closed.