Belinda Bencic mengejutkan juara bertahan Naomi Osaka dalam ;pusingan ke-16 Tenis Terbuka AS 2019 di New York hari ini.

NEW YORK – Juara bertahan Tenis Terbuka Amerika Syarikat, Naomi Osaka ditunjukkan jalan keluar apabila kalah mengejut di tangan pemain Switzerland Belinda Bencic, 7-5 6-4.

Kekalahan itu bakal menyaksikan Osaka kehilangan kedudukan nombor satu dunia dan ia bakal diambil alih pesaing terdekatnya, Ashleigh Barty dari Australia.

Bencic yang menduduki rangking ke-13 dunia akan menentang Donna Vekic pada suku akhir.

Ratu tenis Croatia yang menduduki rangking ke-23 dunia itu berjaya menundukkan Julia Gorges dari Jerman 6-7 (5-7) 7-5 6-3 dalam masa dua jam 42 minit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast