NEW YORK – Juara tenis lima kali Roger Federer tersingkir dari kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat 2019 semalam.
Federer yang merupakan pilihan juara kejohanan kali ini kalah mengejut kepada bintang Bulgaria, Grigor Dimitrov dalam aksi dramatik lewat malam.
Federer, 38 yang pernah menang kesemua tujuh pertemuan sebelum itu dikalahkan secara mengejut oleh Dimitrov yang bangkit menang 3-6 6-4 3-6 6-4 6-2 dalam aksi suku akhir.
Dimitrov, 28, akan berdepan pemain Rusia, Daniil Medvedev pada separuh akhir nanti.
“Federer tidak berada dalam prestasi sebenar, jadi saya menggunakan kesempatan itu menewaskan jaguh itu,” kata Dimitrov.
Federer yang menduduki rangking ketiga dunia pernah kecundang dalam pusingan 16 kepada pemain Australia dalam temasya yang sama tahun lalu.
Federer mengakui beliau tidak dapat memberikan yang terbaik disebabkan masalah sakit belakang sepanjang aksi suku akhir hari ini.
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan harapan untuk mempertahankan kejuaraan kali keenam itu.- MalaysiaGazette