KUALA LUMPUR – Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Selangor hampir mencecah paras tidak sihat.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPU di Johan Setia (Klang) menunjukkan bacaan pada skala 97  sehingga 12 tengahari tadi sementara paras kualiti udara tidak sihat ialah pada skala 101.

Beberapa lokasi lain di negeri tersebut pula menunjukkan bacaan kualiti udara pada tahap sederhana antaranya Banting (85), Klang (80), Petaling Jaya (80) dan Shah Alam (78).

Sementara itu, bacaan IPU tidak sihat dicatatkan di Miri, Sarawak iaitu 155.

IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Untuk maklumat lanjut berhubung bacaan IPU terkini di seluruh negara, orang ramai boleh layari apims.doe.gov.my. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast