LONDON – Penggodam yang bekerja dengan kerajaan China telah memasuki rangkaian telekomuniasi untuk menjejak pengembara Uighur di Asia Tengah dan Asia Tenggara, kata dua pegawai perisik dan dua jururunding yang menyiasat serangan itu kepada Reuters.

Aktiviti menggodam itu merupakan sebahagian daripada kempen pengintipan siber yang menyasarkan ‘individu bernilai tinggi’ seperti diplomat dan kakitangan tentera asing, kata sumber itu.

Bagaimanapun China juga menjejaki pergerakan kaum etnik Uighur, kumpulan minoriti yang majoritinya beragama Islam, yang dianggap menjadi ancaman keselamatan oleh Beijing.

China berhadapan dengan peningkatan kritikan antarabangsa terhadap layanan yang diberikan kepada kaun etnik Uighur di Xinjiang.

Kaum itu ditahan secara besar-besaran dengan China menggelarnya pusat ‘latihan vokasional’ selain melakukan pengintipan secara meluas.

Beijing mendakwa serangan ruang siber terhadap kaum etnik Uighur menunjukkan bagaimana ia mampu melaksanakan dasar- dasar yang melangkaui sempadan fizikal.

Sebagai sebahagian daripada kempen itu, pelbagai kumpulan penggodam China telah berkerjasama dengan pengendali rangkaian telekomunikasi di negara-negara seperti Turki, Kazakhstan, India, Thailand dan Malaysia, kata empat sumber itu.

Negara-negara tersebut biasanya digunakan kaum etnik Uighur sebagai laluan transit antara Xinjiang dan Turki yang disifatkan aktivis hak asasi manusia sebagai cubaan untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh.

Beijing berkata, kumpulan pengembara seumpama itu berjuang untuk kumpulan militan di Iran dan Syria, dengan para pegawai China berkata bahawa langkah -langkah yang dilaksanakan di Xinjiang perlu bagi bertahan daripada ancaman ekstrmis Islam.

China berulang kali menafikan pembabitan serangan siber atau mendera kaum etnik Uighur dengan menyatakan hak budaya dan beragama dilindungi sepenuhnya dan Kementerian Luar China berkata, sebarang dakwaan penggodaman perlu disokong dengan bukti.

“Kami ingin sekali lagi menegaskan bahawa China menetapkan pengawalan keselamatan. Kami secara konsisten dengan ketetapan menentangnya dan sebarang bentuk serbuan membasmi serangan internet,” menurut kenyataan sebuah kementerian.

Reuters tidak dapat mengenalpasti pengendali rangkaian telekomunikasi yang bekerjasama dengan China.

Para pegawai kerajaan India dan Thailand enggan mengulas. Pihak berkuasa di Malaysia, Kazakhstan dan Turki tidak mengulas terdapat permohonan yang dikemukakan.

Pada minggu ini, syarikat keselamatan siber Amerika Syarikat, Volexity menyiarkan laporan yang memperincikan apa yang dikatakan usaha China untuk menggodam telefon dan akaun e-mel kaum etnik Uighur di seluruh dunia.

Para penyelidik Google berkata, mereka telah menemui kempen, namun tidak tahu pihak terlibat, untuk menyerang beribu-ribu telefon iPhone keluaran Apple dengan sumber memberitahu Forbes dan TechCrunch bahawa sasarannya ialah komuniti Uighur. – Agensi