NEW YORK – Tinggal selangkah lagi untuk Ratu Tenis Dunia, Serena Williams untuk mencatat rekod kejuaraan Grand Slam ke-24 kariernya menjelang final Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2019 Sabtu ini.
Dalam aksi separuh akhir hari ini, bintang AS itu menang bergaya ke atas pemain Ukraine Elina Svitolina 6-3 6-1 untuk mara ke pusingan akhir.
Bintang berusia, 37 tahun itu yang kini menduduki rangking kelapan dunia mensyasarkan kejuaraan Grand Slam pertama selepas berehat sejak September 2017 kerana melahirkan anak.
Sebelum ini, Serena pernah menjuarai gelaran Terbuka AS sebanyak enam kali dan kali ini akan berentap di final menentang pemain muda berusia 19 tahun dari Kanada, Bianca Andreesu.
Dalam satu lagi aksi separuh akhir di Flusihing Meadows, Bianca Andreesu menewaskan lawannya pemain Switzerland Belinda Bencic 7-6 (7-3) 7-5.
Bagi Andreesu ini merupakan penampilan julung kali di pentas final Terbuka AS selain satu-satunya pemain Kanada yang mara ke perlawanan akhir dalam temasya tersebut.
Andreesu dilahirkan pada tahun 1999 ketika Williams julung kali menjuarai gelaran AS di gelanggang sama di Flushing Meadows. – MalaysiaGazette