KUALA LUMPUR – Kerajaan didakwa tidak bertindak dengan tegas dalam menangani pihak yang melancarkan gerakan boikot produk keluaran bukan Islam.
Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Brig. Jeneral Datuk Mohamed Arshad Raji berkata, anggota Kabinet dilihat teragak-agak dalam membuat keputusan untuk bertindak, malah hanya menunggu keputusan daripada perdana menteri.
“Mereka seolah-olah tidak mampu berfikir atau tidak mempunyai sebarang pendirian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Arshad berkata, pihaknya sering mengingatkan orang ramai tentang kepentingan mereka berfikir sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan keturunan.
Tambah beliau, kempen ‘boikot’ itu akan gagal sekiranya semua pihak bertegas dan berpendirian dengan menggesa penganjurnya supaya menghentikan tindakan mereka itu.
“Seruan yang dibuat adalah seruan yang pandir, kurang matang, memecah-belahkan rakyat dan menghindar kemajuan ekonomi negara,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengkritik dalang yang terlibat dengan kempen tersebut dengan menyifatkannya sebagai satu langkah “berfikiran sempit”.
Sebelum ini, kerajaan bersetuju bahawa gesaan ‘memboikot’ produk keluaran bukan Islam adalah tidak wajar dan boleh menggugat keharmonian negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Kabinet menolak pandangan sempit berdasarkan sentimen kaum sedemikian, sebaliknya menggesa rakyat menyokong produk keluaran tempatan untuk kebaikan negara.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak kempen berkenaan dan menganggap ia sebagai satu tindakan cetek yang hanya akan membangkitkan api kemarahan. – MalaysiaGazette
Bila masa plak ada BOIKOT produk non Muslim? Bukan tu kempen #BuyMuslimFirst ke? Boikot dgn kempen utamakan produk bumiputra tak boleh bezakan ke?
Sekiranya presiden PATRIOT merupakan seorang yang memahami ajaran Islam dan beramal dengannya, sudah pasti beliau juga menyokong perjuangan Gerakan Kempen Membeli Produk Muslim… kerana gerakan tersebut bukannya bertujuan untuk memboikot mana-mana produk bukan Islam…. Ia hanya bertujuan menggalakkan umat Islam mengutamakan pembelian produk orang Islam sebagai satu cara membantu meningkatkan ekonomi ummah…. Tapi malangnya, presiden PATRIOT gagal memahami kehendak serta objektif gerakan tersebut walaupun usia sudah lanjut……Saya bukalah berniat untuk menghina atau memandang rendsh presiden PATRIOT tetapi sebagai orang beragama Islam, kita seharusnya sedar akan kepentingan membantu saudara seagama dengan kita….
Takut hilang ‘persen’ kot…
Dah tua2 pun bodoh..aduhaiii
Elok pencen teruih la, bgi org cerdik cikit teraju baru bermaya patriot ni .. statement mcm hampehh..
Buy Muslim Fist (BMF) pun xreti2… mcmna nak buat benda lagi besaq…
Udah tua bangka…dah xmampu nak berfikir lg…sel2 otak dh xberfungsi
Die ingat die pakai beret die mewakili golongan tentera keseluruhan ke? Hahahha poyo je orang tua ni
اوتاماكن ڤرودوک دان ڤرنياݢا۽ن مسلم