KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Unit Perancangan Ekonomi (EPU) serta Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengkaji semula beberapa dasar-dasar ekonomi negara yang tidak mampu menyelesaikan masalah kemiskinan negara.
Walaupun ia dinafikan kerajaan dan kementerian berkaitan, Anwar berkata, beliau mengambil serius pendedahan PBB itu sambil menegaskan dasar dasar ekonomi sedia ada negara ternyata gagal menangani kemiskinan dan merupakan bencana terbesar negara.