BRASILIA – Jaguh tenis Brazil, Diego Matos digantung seumur hidup dan didenda AS$125,000 kerana didapati mengatur perlawanan.
Matos juga diarahkan menjelaskan semula AS$12,000 dolar yang dimenanginya dalam satu kejohanan tenis di Ecuador.
Satu enkuiri badan bebas anti rasuah mendapati pemain berusia 31 tahun itu menentukan keputusan 10 perlawanan tenis peringkat ntarabangsa di Brazil, Sri Lanka, Ecuador, Portugal dan Sepanyol yang berlangsung pada 2018.
Matos juga didapati bersalah kerana tidak mahu bekerjasama dalam siasatan yang dijalankan Unit Integriti Tenis.
Pemai tenis itu didakwa menolak permintaan unit itu yang mahu beliau menyerahkan telefon bimbitnya untuk ujian forensik selain gagal mengemukakan rekod penyata kewangan peribadinya.
Matos digantung sementara daripada menyertai kejohanan tenis sejak 6 Disember lalu menduduki ranking ke-373 dunia untuk kategori beregu dan rangking Ke-580 acara perseorangan.- MalaysiaGazette