Boris Johnson. foto Agensi

LONDON – Parlimen Britain digantung selama lima minggu selepas ahli-ahli Parlimen kerajaan menolak untuk mengadakan pilihan raya.

Daripada jumlah keseluruhan, hanya 293 orang ahli Parlimen mengundi menyokong Perdana Menteri, Boris Johnson – jauh berbanding jumlah yang diperlukan.

Terdahulu, ahli Parlimen pembangkang mengesahkan mereka tidak akan menyokong untuk pemilihan pada 15 Oktober, menegaskan undang-undang menghalang Brexit tanpa rundingan mesti dilaksanakan.

Johnson telah diberi amaran beliau boleh menghadapi tindakan undang-undang untuk melemahkan usahanya.

Menteri-menteri menyifatkan undang-undang “teruk” dan berkata, mereka akan “menguji had” selagi ia boleh dilakukan.

Pada ketika ini, undang-undang United Kingdom dimaklumkan perlu meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Oktober ini – sama ada rundingan telah dipersetujui dengan Brussels atau tidak.

Tetapi undang-undang baru yang diberikan persetujuan diraja pada hari Isnin, akan memaksa perdana menteri untuk mendapatkan penangguhan sehingga pada 31 Januari 2020 melainkan perjanjian – atau keluar tanpa rundingan – diluluskan oleh ahli Parlimen pada 19 Oktober.

Johnson berkata, kerajaan akan menggunakan masa untuk memberi tekanan dengan melakukan rundingan bersama EU.

“Tidak kisahlaj banyak mana peranti digunakan Parlimen untuk mengikat tangan saya, namun saya akan melaksanakan perjanjian ini atas kepentingan negara.

“Kerajaan ini tidak akan menangguhkan lagi Brexit,” kata Johnson. – MalaysiaGazette