KUALA LUMPUR – Hotel FourSeason Kuala Lumpur dilihat membuat kesilapan mengenai status individu yang akan merasmikan satu program hotel itu pada 19 September depan.
Dalam satu jemputan media, hotel berkenaan dilihat menggelar Muhammad Bakhtiar Wan Chik sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya sedangkan jawatan Muhammad Bakhtiar adalah Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya kini dikepalai Datuk Mohamaddin Ketapi.
Pemangku Pengerusi PKR, Pulau Pinang itu dijangka merasmikan program ‘Discover Wondrous Malaysia with Four Seasons’ jam 3 petang, Khamis depan. – MalaysiaGazette