Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin diiringi Pengarah Urusan Smart Cities Asia,Selva Nagappan di Persidangan Tahunan Pameran Smart Cities Asia 2019, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang bakal mendapat nama baru tidak lama lagi turut mengalami perubahan besar selain peningkatan pelbagai kemudahan di persekitarannya.

Tanpa mahu mengulas lanjut, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, penjenamaan semula itu kelak menawarkan konsep kediaman yang berbeza namun harganya masih menepati kemampuan golongan B40. 

“Masih untuk B40, kita hanya ubah nama. Konsepnya lain (dengan PPR). Rumah mampu milik itu nanti akan 900 kaki persegi dengan kelengkapan kemudahan di kawasan yang strategik,” katanya kepada pemberita.Persidangan Tahunan Smart Citties Adia 2019 kali ke-5

Menurut Zuraida, pihak kementerian telah mengenal pasti nama baharu untuk PPR dan menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkannya. 

“Saya tak boleh cakap apa-apa sekarang nanti kamu salah petik saya dan semua perkara akan jadi kacau bilau. Kita sudah ada nama tapi saya tidak cakap sekarang,” tambahnya.

Penjenamaan semula PPR itu, jelas Zuraida bertujuan meningkatkan motivasi dalam kalangan penduduk.

“Kita tidak mahu merendahkan penduduknya saya nak tingkatkan motivasi mereka,” katanya lagi.

Semalam Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata nama baharu menggantikan PPR  belum dimuktamadkan lagi.

Sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow meminta KPKT mengkaji semula cadangan penjenamaan semula PPR jika mahu menggunakan Program Perumahan Malaysia (PPM) yang didakwa bakal menjejaskan peluang golongan B40 untuk mendapatkan kediaman.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast