GOMA – Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh selepas kereta api tergelincir di wilayah tenggara Congo di Tanganyika pada awal pagi ini.
Menteri Hubungan Kemanusiaan, Steve Mbikayi berkata, kemalangan itu berlaku sekitar tiga pagi waktu tempatan di bandar Mayibaridi dan angka kematian sebenar belum disahkan.
“Bagi pihak kerajaan, saya mengucapkan simpati kepada keluarga yang terlibat,” katanya menerusi Twitter.