Mujahid Yusof
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusoff bercakap kepada media selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 13 SEPTEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof sedih apabila ada segelintir orang Islam  mempersendakan firmah Allah iaitu Rahmatan Lil A’lamin dengan menukarnya menjadi Rambutan Lil A’lamin.

Beliau berkata, lebih menyedihkan apabila konsep Rahmatan Lil A’lamin yang diperkenalkan Pakatan Harapan (PH) dituduh sebagai punca berleluasanya kemungkaran di negara ini.

“Hari ini orang dengar Rahmatan Lil A’lamin saja, dia akan kaitkan dengan jual agama, bila sebut Rahmatan Lil A’lamin saja, biarkan mungkar berlaku, bila sebut Rahmatan Lil A’lamin, kita jadi khadam.

“Ada orang pula reka-reka Rahmatan Lil Kafirin, ada lagi reka-reka semua yang berlaku di Malaysia semua tak elok ini, pasal Rahmatan Lil A’lamin.

“Tapi ada orang bengkeng, ada orang main-main, Rahmatan Lil Kafirin, ada orang main-main, Rambutan Lil Alamin,” katanya pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1441H di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.

Mujahid Yusof
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusoff (tengah) bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad (tiga kiri) beramah mesra dengan penerima anugerah tokoh sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 13 SEPTEMBER 2019.

Mujahid berkata, pihak yang memperlekehkan konsep itu sebenarnya hanya mahu dilihat hebat di mata rakyat dan tindakannya semata-mata untuk memuaskan nafsu.

“Anda mungkin boleh bercakap dengan bahasa seronok sebab orang suka dengar, anda boleh berkata apa saja, kononnya dengan itu andalah hebat.

“Ayat ini lebih hebat daripada semua orang yang kata dirinya hebat kerana ia merupakan firman Allah.

“Tapi demi Allah saya menyatakan, saya akan mempertahankan Rahmatan Lil A’lamin sebagaimana yang diajar oleh Islam kepada kita,” katanya.

Katanya lagi, sebaliknya konsep itu sebenarnya memberi mesej kepada semua umat manusia tanpa mengira latar belakang, agama, bangsa dan keturunan.

“Ini kerana di dalamnya kita dapat membangunkan negara, kita dapat membela negara ini dan dapat mengembalikan maruah negara ini.

“Apa dosa kita mempertahankan rahmat ini, apa dosa kita memahami rahmat ini? Kenapa pula kita kata Rahmatan Lil Kafirin, jangan sesekali mempermainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Banyak yg mujahid bertindak, bercakap utk muslim tidak pula ikut benar2 rahmatan lil ‘alamin, tapi mujahid sembang utk kafirin laju je cover..taklayak lo jadi menyeri untuk agama islam..ko lebih menjaga hati puak kafirun..HAIRAN AKU..kalau tidak orang tak permainkan..kau yang tak jaga ..tilikla diri tu menteri..

Comments are closed.