KUALA LUMPUR – Kawasan Johan Setia, dekat Klang masih berada dalam kualiti udara sangat tidak sihat dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 209 setakat 7 pagi tadi.
Selain itu, kebanyakan kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur turut menyaksikan bacaan kenaikan IPU tidak sihat sejak awal pagi tadi.
Di Kuala Lumpur, Batu Muda merekodkan IPU 149, Cheras (138) dan Putrajaya (137).
Manakala di Kuala Selangor 109, Petaling Jaya (135), Shah Alam (133), Klang dan Banting masing-masing (124 dan 122).
Nilai, Negeri Sembilan pula mencatatkan bacaan 123.
Di Johor pula hanya Tangkak yang merekodkan bacaan tidak sihat iaitu 130.
Di Perak, dua kawasan dikenal pasti dengan kualiti tidak sihat iaitu Tasek Ipoh (114) dan Seri Manjung (119).
Minden dan Balik Pulau, masing-masing merekodkan kualiti udara tidak sihat 106 dan 113.
IPU di Kulim Hi-Tech pula naik 102 pada pukul 7 pagi berbanding 102 sejam sebelumnya dan Sungai Petani pula telah memasuki kategori tidak sihat selepas berada dalam bacaan 102.
Bagi bacaan IPU, 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 adalah tidak sihat dan 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 301 dan ke atas adalah berbahaya. – MalaysiaGazette