Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad berbual sesuatu dengan Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh pada Pentas Anak Muda Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 13 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Pas teruja menjadi tetamu yang dialu-alukan di bangunan keramat UMNO pada hari ini demi Himpunan Penyatuan UMMAH (HPU14).

Ketua Dewan Muslimat parti itu Nuridah Salleh menganggap apa yang berlaku hari ini bukan sahaja  sejarah yang tercipta malah suatu nikmat apabila perpaduan di antara UMNO dan Pas bakal menjadi kuat dengan adanya piagam yang akan dimeterai esok.

“Ini bukan pertama kali saya masuk di sini (PWTC). Biasa ada pameran kan.

“Cuma kali ini sebab diraikan, dialu-alukan oleh tuan rumah. Selalu masuk sini orang tak peduli tak perasan

“Alhamdulillah saya berterima kasih dengan Allah. Mudah-mudahan saya harap akan berpanjangan untuk kebaikan dan survival rakyat Malaysia. Saya anggap ini satu nikmat. Allah nak satukan kembali itu satu nikmat,” katanya ketika sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selesai Himpunan Wanita Penyatuan Ummah.

Pagi tadi berlangsungnya Zikir Munajat, Solat Dhuha dan Solat Hajat yang dianjurkan Wanita UMNO dan Dewan Muslimat Pas.

Kemudian berlangsungnya Forum Tadabur sebelum slot Pentas Anak Muda diadakan di Dewan Tun Hussein Onn.

Sebentar tadi berlangsungnya solat Jumaat yang diimamkan oleh Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga turut menyampaikan khutbah.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast