Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR- Logo persijilan halal masih di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bukan Kementerian Kewangan.

Itu penjelasan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh menjawab dakwaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

“Saya ingin menegaskan bahawa pensijilan logo halal masih tertakluk di bawah bidang kuasa JAKIM dan tidak pernah diuruskan oleh badan atau agensi lain.

“Di bawah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, JAKIM menguruskan aspek-aspek
berkenaan persijilan termasuk prosedur persijilan, takrifan halal serta sistem jaminan halal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Ismail Sabri semasa Himpunan Penyatuan Ummah mendakwa sijil logo halal kini di bawah Kementeriuan Kewangan.

Justeru, Fuziah yang juga pimpinan PKR menganggap Ismail Sabri ada niat jahat menanam ketakutan kepada orang Melayu yang kononnya kerajaan sekarang dikuasai oleh DAP.

“Saya menggesa agar beliau memohon maaf dan kenyataan ini ditarik balik serta diperbetulkan bagi mengelakkan salah faham
berkaitan aspek halal dalam agama, atau bersedia berhadapan dengan tindakan undang-undang,” kata Fuziah.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast