KUALA LUMPUR – Fenomena jerebu dilihat tidak menjadi faktor penghalang kepada kebanjiran pelancong asing ke negara ini.
“Jerebu bukan satu faktor untuk menghalang pelancong datang ke Malaysia. Pada hari ini saya ingat orang kurang sebab berjerebu, tapi ramai yang turun ke program kami daripada tahun lepas.
“Saya rasa faktor jerebu tidak membawa masalah kepada pelancong luar untuk datang ke Malaysia,” katanya kepada media selepas majlis penutup Program Keretapi Sarong 2019 yang diadakan di Dataran Merdeka.