Pengerusi Suara Anak Muda Satu Malaysia, Datuk Arman Azhar (tengah) dan Presiden Pertubuhan Bangkit, Shahrin Azlan (kiri) menunjukkan surat laporan selepas hadir menyerahkan laporan siasatan pakar forensik video seks luar tabii di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Kompleks B, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 17 SEPTEMBER 2019.

PUTRAJAYA – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didakwa takut untuk menerima kebenaran sehingga  pihaknya tidak mahu menerima laporan forensik terhadapnya berdasarkan rakaman video seks yang tular.

Malah, laporan yang dihantar ke pejabat beliau di Presint 1 di sini oleh NGO pro Barisan Nasional iaitu Pertubuhan Bangkit hanya diterima polis bantuan di kementerian berkenaan bukan pegawai dari pejabat Mohamed Azmin.

Pengerusi Suara Anak Muda 1Malaysia, Datuk Armand Azha berkata, ini membuktikan Mohamed Azmin telah menolak suara rakyat apabila enggan menerima laporan forensik berkenaan.

Katanya, laporan itu diserahkan bagi mendapatkan maklum balas daripada Mohamed Azmin sendiri berkenaan pengesahan oleh pakar berkaitan video tersebut dan ia perlu dijawab dalam tempoh 48 jam.

“Pejabat Azmin Ali takut akan kebenaran, kita hadir hari ini nak bantu negara, nak bantu polis, nak bantu kerajaan.

“Kita sudah serah laporan ini kepada pejabat Peguam Negara tapi senyap. Kita sudah hantar laporan ke Bukit Aman tapi senyap. Kita sudah hantar laporan ke beberapa institusi undang-undang juga senyap.

“Apakah kerajaan hari ini hendak menutup mulut rakyat daripada bersuara. Hari ini jelas bahawa demokrasi telah mati dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Pengerusi Suara Anak Muda Satu Malaysia, Datuk Arman Azhar bercakap kepada media selepas hadir menyerahkan laporan siasatan pakar forensik video seks luar tabii di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Kompleks B, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 17 SEPTEMBER 2019.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan laporan forensik tersebut di Balai Pengawal Kementerian Hal Ehwal Ekonomi di sini hari ini.

Laporan itu dihantar bersama Presiden Pertubuhan Bangkit, Shahrizan Azlan Selamat dan beberapa ahli NGO berkenaan.

Mengulas lanjut, Armand berkata, bukan sahaja laporan itu diterima oleh polis bantuan malah cop daripada pejabat Mohamed Azmin sendiri tidak disertakan.

Sebaliknya ia hanya menggunakan cop pejabat pengawal keselamatan sahaja sebagai pengesahan penerimaan.

Dalam pada itu, Armand berkata, tindakan mereka menghantar laporan forensik ke pejabat Mohamed Azmin bukan cubaan provokasi terhadap Ahli Parlimen Gombak itu.

Katanya, langkah itu adalah bagi mencari kebenaran kerana rakyat ingin tahu pelaku sebenar dalam video yang tersebar dan kesahihan sama ada ia Mohamed Azmin atau tidak.

“Tetapi mereka spin pula hendak cari siapa yang sebarkan sedangkan yang sebar video tersebut kita dapat tahu adalah kelompok-kelompok dalam PH itu sendiri.

“Kepada Datuk Seri Azmin Ali, jika anda bukan individu dalam video itu sila buat kenyataan terbuka tetapi jikalau ia adalah anda saya mewakili rakyat Malaysia minta beliau lepaskan jawatan sebagai menteri, hal ehwal ekonomi kerana masalah integriti tidak ada dalam menteri kabinet PH,” tegas beliau.

Ketika ditanya bahawa Mohamed Azmin sebelum ini telah menjawab tuduhan berkenaan menafikan pelaku dalam video tersebut bukan beliau, Armand berkata, penafian itu tidak relevan kerana dibuat sebelum siasatan forensik dilakukan.

“Kita sudah ada laporan daripada pakar-pakar dan sahabat beliau dalam video itu mengaku terlibat, jadi mana satu kita nak percaya,” katanya.

Armand menegaskan, kenyataan yang dibuat oleh Mohamed Azmin sebelum bukti forensik diperoleh tidak boleh diterima bulat-bulat hanya kerana beliau merupakan timbalan presiden daripada sebuah parti yang mewakili kerajaan atau beliau merupakan seorang menteri kabinet. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Knp perlu persoalkan siapa yg edar video semburit tu? Yg lbh penting drpd itu ialah siapa pelaku dlm video tu. Klu fah pakar forensik mengatakan itu AA, sepatutnya org yg dituduh melakukan aksi tersebut buat laporan polis atau saman laporan tersebut. Atau setidak2nya, tampil ke depan,buat penafian beserta dgn bukti yg konkrit yg mengatakan bkn dia yg buat. Klu setakat mengatakan” bkn saya dlm video tersebut”..budak tadika pun boleh

  2. Saya rasa tidak perlu lah kita ungkit2 lagi. Itu antara Azmin dengan Allah SWT. Saya tidak pula menyokong mana-mana pihak. Kalau kita rasa benar itu pelaku Azmin. Jangan undi pada PRU 15. Itu saya rasa lagi baik. Kita tidak mengaibkan seseorang. Demi kepentingan diri. Ini pandangan peribadi saya.

Comments are closed.