Saintis mendapati spesis hidupan liar ikan Salamander terbesar di planet bverdasarkan kajian genetik spesis terancam itu.

LONDON – Para saintismenemui sejenis spesis binatang liar laut menyerupai ikan yang dikenalpasti jenis amfibia dipercayai terbesar di muka bumi.

Penemuan itu berdasarkan DNA yang diperolehi daripada spesimen muzium yang menempatkan ikan tersebut.

Ikan yang dikenalpasti sebagai Salamander adalah kehidupan spesis terancam yang hidup di Laut China Selatan.

Saintis mendakwa usaha memperbaharui konservasi habitat ikan itu sangat diperlukan untuk melindunginya daripada pupus.

Saintis menerusi penyelidikan dan kajian mendalam mendapati ikan itu wujud dalam tiga spesis berlainan di beberapa kawasan lain di China.

Salamander Laut China Selatan itu kini disyaki sebagai spesis amfibia terbesar yang masih hidup di bumi ini.

Profesor Samuel Turvey dari Zoologi London mendakwa terdapat kemerosotan populasi spesis ikan itu.

“Kami berharap penemuan baharu diversiti spesis berkenaan tepat pada masa untuk membantu menjayakan usaha konservasi kehidupan eksotik itu.

“Bagaimanapun langkah segera perlu diusahakan, melindungi spesis Salamander sedia ada daripada diburu atau diancam ketamakan manusia dunia sekarang,” katanya.

Pembantu penyelidik beliau, Melissa Marr dari Muzium Sejarah Semulajadi London berkata, satu langkah drastik dan sistematik perlu dimulakan bagi memelihara integriti genetik setiap spesis berkenaan yang masih wujud ketika ini.

“Kita tidak boleh lagi bersikap sambil lewa kerana spesis ikan Salamander ini kini dalam bahaya pupus,” katanya.

Ikan jenis ini dikatakan hanya boleh ditemui di kawasan perairan luas di tengah, timur dan selatan China.

Peningkatan dagangan pasaran makanan moden mendesak spesis ikan berkenaan terancam.

Malah industri pertanian pada skala besar di lautan juga mengancam hidupan liar laut ini dijangkiti penyakit.

Para saintis meneliti spesimen muzium untuk melihat pada sejarah jenetik Salamander serta rumpun keluarganya untuk memastikan binatang berbentuk ikan bersifat fosilitu masih hidup. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast