SINGAPURA – Harga minyak terus merosot berbanding sesi sebelumnya selepas Menteri Minyak Arab Saudi berkata, pengeluaran minyak akan kembali kepada paras semasa pada akhir bulan ini.
Tetapi para pelabur kekal berhati-hati dengan potensi ketegangan di Asia Barat selepas Amerika Syarikat percaya serangan dron dan peluru berpandu di kemudahan Arab Saudi minggu lalu dari barat daya Iran.
Namun, Iran menafikan sebarang penglibaran dalam serangan tersebut.
Niaga hadapan minyak mentah LCOc1 susut AS$0.36 kepada AS$64.19 setong pada 0005 GMT sebelum susut 6.5% pada sesi sebelumnya.
Manakala West Texas Intermediate (WTI) jatuh AS$0.43 kepada 0.7% kepada AS$58.91 tong selepas menguncup 5.7 peratus pada hari Selasa.
“Memandangkan kelemahan rantaian bekalan Arab Saudi dan kemungkinan serangan itu dapat diulangi pada masa akan datang, kami menjangkakan pasaran akan menilai semula premium risiko geopolitik dalam minyak,” kata BNP Paribas, Harry Tchilinguirian dalam nota penyelidikannya.
Malah, katanya, pasaran minyak setakat ini telah berpuas hati dengan perkembangan Timur Tengah dan menjangkakan ia tidak berlaku lagi.
Arab Saudi berusaha untuk meyakinkan pasaran selepas serangan pada hari Sabtu lalu yang bakal mengurangkan pengeluaran minyak, dengan mengatakan bekalan minyaknya akan dipulihkan pada akhir bulan. – MalaysiaGazette