KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes profil tinggi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sudah masuk hari ke-9 melibatkan penyelewengan dana sebanyak RM2.3 bilion juga dikaitkan dengan penglibatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersambung lagi hari ini.
Ketua pasukan bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka menyambung sesi soal balas dengan saksi ke-8, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin yang merupakan bekas pegawai khas Najib.