PUTRAJAYA – Perdana Menteri India, Narendra Modi tidak pernah membuat permintaan kepada Malaysia untuk menghantar pulang pendakwah, Dr Zakir Naik ke negara asalnya.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Modi hanya menyentuh isu Zakir ketika pertemuan mesyuarat dua hala sebelum Sidang Kemuncak Ekonomi Timur yang berlangsung di Rusia baru- baru ini.
“Saya jumpa Nahendra Modi, mereka tidak bangkit isu hantar pulang, beliau hanya sebut Zakir,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kerangka Kerja Dasar Luar Malaysia Baharu di sini hari ini.