WASHINGTON – Pentadbiran Donald Trump mengusir dua anggota delegasi Cuba ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dari Amerika Syarikat (AS).

AS juga mengehadkan perjalanan anggota misi ke Manhattan, mendorong kecaman dari Havana.

Dalam pengumuman menjelang beberapa hari sebelum pemimpin dunia berkumpul di PBB, Jabatan Negara AS menuduh kedua-dua diplomat Cuba itu cuba “melakukan operasi penggerak” yang memudaratkan keselamatan negara ini.

Bagaimanapun, ia tidak mengulas lanjut tentang tuduhan atau mendedahkan nama individu yang terlibat.

Ini merupakan isyarat terbaru ketegangan hubungan AS dengan Cuba yang melaksanakan pemerintahan komunis disebabkan Havana menyokong Presiden Venezuela Nicolas Maduro sejak Presiden A.S. Donald Trump mengambil alih jawatan pada Januari 2017.

“Jabatan Negara hari ini memberitahu Kementerian Luar Cuba bahawa Amerika Syarikat mengusir dua anggota misi tetap Cuba ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana menyalahgunakan hak istimewa kediaman mereka.

“Ini disebabkan percubaan mereka untuk mengendalikan operasi terhadap Amerika Syarikat,” kata jurucakap Jabatan Negara, Morgan Ortagus.

Menteri Luar Cuba, Bruno Rodriguez menolak tindakan A.S. sebagai tidak wajar,

“Tohmahan yang didakwa adalah tidak sesuai dengan status diplomatik mereka adalah fitnah kasar,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast