HONG KONG – Beberapa syarikat penerbangan meminta kerajaan Hong Kong pada awal bulan ini untuk memberi pengecualian bayaran lapangan terbang susulan jumlah penumpang merosot dengan ketara.
Wakil Lembaga Penerbangan (BAR) Hong Kong, yang mewakili lebih dari 70 syarikat penerbangan yang terbang ke dan dari pusat kewangan Asia itu menulis kepada kerajaan meminta bantuan sementara.
Pengecualian bayaran itu bagi pendaratan, bayaran parkir serta sewa dan kos operasi lain, menurut surat yang dilihat oleh Reuters.
“Jumlah penumpang sudah jatuh dua digit pada bulan Ogos berbanding tahun lalu dan kami menjangkakan ia bertambah buruk pada bulan-bulan mendatang,” kata Pengerusi BAR, Ronald Lam yang juga Eksekutif Kanan Cathay Pacific Ltd dalam satu surat bertarikh 16 September.
Surat itu dikemukakan kepada Setiausaha Pengangkutan dan Perumahan.
Lam berkata, kebanyakan syarikat penerbangan sudah menurun atau mengurangkan perkhidmatan dari dan ke Hong Kong kerana jumlah penumpang merosot
Cathay Pasific antara korporat paling besar terjejas akibat tunjuk perasaan yang mengganas, telah mengurangkan kapasiti menjelang musim sejak selepas jumlah penumpang jatuh 11.3 peratus dalam bulan Ogos akibat penyusutan permintaan.
Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan berkata, ia menyokong permintaan BAR untuk langkah-langkah bantuan jangka pendek agar syarikat penerbangan terus berdaya maju secara komersial.
Perbelanjaan pendaratan, tempat letak dan laluan pesawat dan laluan, yang termasuk bayaran yuran dibayar kepada lapangan terbang di luar Hong Kong dan caj kawalan trafik udara, menyumbang 16 peratus daripada kos operasi Cathay pada 2018.
Syarikat penerbangan asing seperti Qantas Airways Ltd juga terjejas akibat penurunan permintaan.
Manakala syarikat penerbangan Australia pula terpaksa beralih kepada laluan Hong Kong.
Hong Kong pula adalah lapangan terbang kelapan terbesar bagi trafik penumpang pada tahun 2017, menurut Majlis Lapangan-lapangan Terbang Antarabangsa. – MalaysiaGazette