Shaharizukirnain Abdul Kadir
Shaharizukirnain Abd. Kadir

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan diminta menjelaskan formula kerajaan bagi mengatasi masalah pembayaran hutang PTPTN, yang sepatutnya dilakukan Ogos lalu.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, kegagalan kementerian itu mengumumkan hasil Kertas Konsultansi Rakyat (KKR) berkaitan pembayaran hutang itu menunjukkan ketidakseriusan kerajaan menyelesaikan itu.

“Saya meneliti jawapan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik pada sidang dewan lalu berkenaan pengumuman hasil KKR berkaitan isu pembayaran balik PTPTN yang sepatutnya dilakukan pada Ogos lalu.

“Sehingga kini, belum ada sebarang formula bagi kementerian itu dan kerajaan khususnya untuk mengatasi masalah berkenaan. Ini jelas menunjukkan Dr. Maszlee tidak serius mahu menyelesaikannya.

“Apatah lagi langkah kerajaan dengan memberikan pelepasan taksiran cukai pendapatan kepada majikan yang membantu pekerja melangsaikan hutang tersebut tidak mendapat sambutan sama sekali,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Shaharizukirnain berkata, berdasarkan kenyataan Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, skim yang ditawarkan dari Ogos sehingga Disember ini hanya melibatkan enam syarikat yang membuat pembayaran kira-kira RM98,000 sahaja.

Tambahan pula, katanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mengatakan kaedah pembayaran balik pinjaman dikemukakan kerajaan itu membebankan majikan dan jelas menunjukkan mekanisme tersebut bukan langkah terbaik yang sepatutnya dilakukan.

“Sewajarnya Kementerian Pendidikan segera mengemukakan hasil KKR serta penyelesaian yang tuntas bagi mengatasi isu ini. Saya juga berharap formula baru tersebut tidak akhirnya memangsakan para peminjam,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast