Usop Wilcha

KUALA LUMPUR – Pelakon Syed Mohamad Asri Syed Zainal Abidin Jamalullail atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha hari ini menerima ucapan selamat hari jadi daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Selamat hari lahir,” kata Dr Mahathir menerusi ciapan di laman rasmi Twitter beliau.

Dalam pada itu Usop membalas ciapan Twitter Perdana Menteri dengan menganggap ia satu ucapan istimewa buat dirinya daripada pemimpin nombor satu negara.

“Selama 54 tahun hidup, this is antara hadiah yang bermakna. Walaupun sekadar official twitter account my beloved PM @chedetofficial.

“Namun ucapan Birthday ni akan tersemat sampai bila-bila dalam hati… pertama kali dimuliakan oleh Allah SWT, dapat ucapan daripada akaun rasmi Prime Minister,” katanya.

Pelakon kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu popular dengan dialog ‘kito bakor aje’ menerusi wataknya yang berkerusi roda dalam filem Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast