KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan telah menempatkan anggota polis di sebagai penghuni telah menempatkan anggota polis di 27 Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Awam (PA) sebagai penghuni dalam usaha mengurang masalah sosial di ibu negara.
Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata, dikenali Unit Komuniti Polis, inisiatif itu telah bermula serta-merta yang akan melibatkan 38 PPR secara keseluruhannya.
Menurutnya, inisiatif itu merupakan kerjasama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).