NEW YORK – Niaga hadapan minyak mentah merosot pada hari Selasa, lemah seperti data ekonomi Amerika Syarikat (AS) hingga menjejaskan prospek permintaan minyak mentah dan memberi tekanan kepada harga.
Kejatuhan harga itu turut dipacu oleh penurunan pengeluaran minyak dari pengeluar terbesar negara dalam laporan suku ketiga.
Niaga hadapan minyak mentah Brent LCOc1 ditetapkan pada AS$ 58.89 setong, kerugian AS$0.36 sen, sementara minyak mentah West Texas Intermediate pada AS$ 53.62 setong, susut AS$0.45
Data Institut Minyak Amerika (API) menunjukkan stok minyak mentah tidak dijangka turun minggu lalu sebanyak 5.9 juta tong, berbanding jangkaan peningkatan sebanyak 1.6 juta tong. – MalaysiaGazette