Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Chong Sin Woon bercakap kepada media pada Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik di antara ZBRA dan Ambound Malaysia di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 JANUARI 2018

KUALA LUMPUR – MCA membuat keputusan untuk menangguhkan mesyuarat agung tahunan (AGM) parti itu, yang dijadualkan pada 2-3 Nov, bagi mengelakkan bertembung dengan hari pencalonan pilihan raya kecil Tanjung Piai.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, keputusan itu dipersetujui pada mesyuarat Majlis Presiden MCA hari ini, di mana tarikh baru untuk AGM itu akan diumumkan kelak.

“Berikutan logistik parti yang menyeluruh dalam mengatur tempat, pengangkutan, tempat penginapan dan makanan, terdapat keperluan untuk pengubahsuaian dan perancangan semula. MCA akan mengumumkan tarikh baru bagi AGM tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Chong berkata, susulan AGM dan pilihan raya kecil itu jatuh pada tarikh yang sama ia menimbulkan kesulitan besar kepada MCA kerana menanggung kerugian wang dan masa serta terpaksa menyediakan peruntukan tambahan bagi perancangan semula.

Pilihan raya kecil Tanjung Piai akan diadakan pada 16 Nov dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Ia diadakan berikutan kematian anggota Parlimen berkenaan, Datuk Dr Md Farid Md Rafik dari Pakatan Harapan-Bersatu pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast