KUALA LUMPUR – Tampak begitu jelas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membela mentornya, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu peralihan kuasa.
Namun pada masa yang sama, tindakan mempersoalkan atau ‘mentertawakan’ pengasas dan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Husin Ali adalah sesuatu yang tidak boleh di terima sama sekali.
Lebih-lebih lagi apabila apabila Syed Husin berpengalaman luas dalam asam garam dunia politik dan individu penting menubuhkan PKR selain merupakan ahli akademik Universiti Malaya yang terkenal dalam bidang sosiologi dan antropologi.
Itu reaksi Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy berhubung kenyataan Syed Saddiq yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan baru-baru yang membidas gesaan Syed Husin supaya peralihan kuasa pentadbiran negara dilakukan segera.
“Syed Saddiq mungkin mahu membela mentornya, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad untuk alasan tertentu. Saya tidak akan bersoal berkenan perkara ini.
“Pada dekad pertengahan 1970-an, Syed Husn ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana pertahankan kepercayaan politik beliau yang tidak kompromi.
“Sebagai seorang pengasas PKR, Syed mempunyai hak untuk persoalkan isu penggantian: Mengapakah Mahathir tidak harus memanjangkan masa tinggalnya mengikut perjanjian PH dan kenapa sebarang percubaan untuk menggulingkan perkara penggantian mungkin akan menimbulkan bencana bagi PH dalam pilihan raya umum akan datang.
“Syed Husin hanya meminta Mahathir untuk mempertimbang semula perjanjian PH berkenan peralihan kuasa kerana beliau sudah mengubah tarikh penggantian beberapa kali.
“Syed Husin Ali bukanlah seseorang yang boleh dipersoalkan atau ditertawakan oleh Syed Saddiq,” tulisnya di laman sosial Facebook beliau.
Jelas Ramasamy yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Prai, hal ini bukan bekaitan jangka masa di mana Mahathir mungkin harus tetap berkhidmat untuk satu,dua atau tiga tahun.
Sebaliknya tentang statusnya sebagai Perdana Menteri Interim di mana beliau harus berkhidmat untuk satu tempoh yang munasabah, bukan sepenuh terma itu.
“Anwar telah mengumumkannya tetapi ia bergantung pada Mahathir untuk menetapkan tarikh yang tepat. Apakah yang begitu sukar dalam perkara ini?
“Mengapakah perlu ada halangan dari Syed Saddiq seolah-olah Mahathir boleh tinggal selama yang dia inginkan.
“Jikalau kita menerima tanggapan bahawa Mahathir merupakan Perdana Menteri Interim, sekaligus ia sendiri menyeru isu penggantian untuk diselesaikan selewatnya sebelum Mei 2020,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ramasamy mengingatkan Syed Saddiq ini bukan masa untuk memuji Mahathir atas sumbangannya dan untuk mengritik Anwar bagi jasa yang tidak dapat disumbangnya .
“Segelintir pengkritik telah menyatakan bahawa Anwar mungkin tidak sesuai untuk menggantikan Mahathir.
“Sama ada terdapat orang yang bersetuju dengan Syed Husin atau tidak adalah perkara yang berbeza, tetapi dia harus dihormati bagi jasanya dalam mendidik beberapa generasi rakyat Malaysia dan peranannya kepada masyarakat.
“Ini bukan soal Mahathir atau Anwar sebaliknya masa depan kerajaan Pakatan Harapan.
“Sekiranya perjanjian yang mudah dan terus terang tidak boleh ditepati oleh para pemimpinnya bagaimana mereka akan menunaikan pelbagai janji yang dibuat kepada rakyat.
“Sekarang dengan pakatan politik yang baru dibentuk antara Umno dan PAS, pemimpin PH perlu ada kepastian dalam memaparkan nilai moral yang tinggi.
“Tolong beri perhatian pada seruan Syed Husin, selesaikan isu penggantian secara konklusif,” tegasnya. –MalaysiaGazette
Mungkin ramasamy mendapat mandat dari India untuk menumbangkan Tun M pula.